Powered By Blogger

Thursday 12 April 2012

Robin Van Persie Pecah Rekod lagi



Penyerang prolifik Arsenal, Robin van Persie berjaya menjaringkan 
gol ke-27 dalam Liga Perdana Inggeris musim ini setelah menyempurnakan
  sepakan penalti pada minit ke-9 menyaksikan Arsenal menewaskan 
Wolverhampton Wanderers 3-0 semalam. Jaringan ke atas Wolves 
tersebut merupakan pasukan ke-17 yang berbeza sepanjang musim ini 
sekaligus menyamai rekod yang dilakukan oleh Andy Cole (1993/94),
 Alan Shearer (1995/96) dan Ian Wright (1996/97).

Musim ini hanya dua pasukan sahaja yang gagal dibolosi oleh 
Robin van Persie iaitu Manchester City dan Fulham. Kali terakhir kapten 
Arsenal ini menjaringkan gol menentang Fulham ialah pada perlawanan 
terakhir musim lalu. Musim ini juga menyaksikan hanya Robin van 
Persie seorang sahaja yang berjaya menjaringkan gol di laman sendiri
 dan di tempat lawan ketika menentang Manchester United.

Penyerang kelahiran Belanda ini turut mendahului senarai penjaring 
terbanyak Liga Perdana Inggeris diikuti penyerang Man United,
 Wayne Rooney yang mencatatkan 22 manakala penyerang Man City, 
Sergio Aguero menjaringkan 19 gol setakat ini dengan saingan berbaki
 5 perlawanan. Robin van Persie turut menjaringkan 34 gol dalam 
semua kejohanan musim ini.


Sumber : www.arsenal.com

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...