Powered By Blogger

Sunday 15 April 2012

Johor Fc Singkir K Devan


Devan disingkir -

Belum pun
sampai semusim menjadi
jurulatih skuad Lebah, Devan
disingkir apabila Johor FC
sekadar menghuni tangga
kedua tercorot selepas
berakhirnya pusingan pertama
saingan Liga Super kelmarin.

Keputusan itu disahkan oleh
Setiausaha Kehormat Johor
FC, Mohd. Tahir Hamdan semalam.

Menurut Mohd. Tahir, kontrak
Devan akan ditamatkan serta-
merta dan tempat beliau akan
diganti oleh Sazali Saidon.
Sazali sebelum ini pernah
memangku jawatan ketua
jurulatih Johor FC selepas
Azuan Zain ‘direhatkan’ pada
September tahun lepas atas
alasan kesihatan.

“Pihak pengurusan telah
bersetuju untuk melantik
Sazali Saidon bagi
menggantikan Devan untuk
baki saingan Liga Malaysia
(Liga M) musim ini.

“Bagaimanapun, untuk
perlawanan pertama pusingan
kedua Liga Super menentang
Selangor Selasa ini, penolong
jurulatih, Azmi Mohamad akan
membawa pemain ke Shah
Alam memandangkan proses
pertukaran akan mengambil
masa beberapa hari,” katanya
ketika dihubungi
semalam.

Bulan lepas, pihak pengurusan
Johor FC telah menyerahkan
surat amaran kepada Devan
serta enam pemainnya dan
menetapkan tiga perlawanan
terakhir pusingan pertama
Liga Super sebagai penanda
aras masa depan Devan
bersama pasukan berstatus
kelab itu.
Bagaimanapun, Johor FC
sekadar seri tanpa jaringan
menentang Terengganu pada
31 Mac dan tewas 0-1 kepada
Lions XII di tempat sendiri
sebelum seri 1-1 menentang
Selangor kelmarin.

“Pada awalnya kami
bercadang untuk merehatkan
Devan tetapi selepas
berbincang, adalah lebih baik
jika kita tamatkan terus
kontrak beliau.

Saya harap,
dengan jurulatih baharu ini,
nasib Johor FC akan berubah,”
kata Mohd. Tahir.
Sementara itu, Devan ketika
dihubungi berkata, pihak
pengurusan tidak sepatutnya
mengambil keputusan
terburu-buru.

Katanya, kedudukan Johor FC
dalam liga setakat ini tidak
menggambarkan prestasi
sebenar skuad Lebah.

“Pihak pengurusan harus kaji
punca dan kelemahan sebenar
pasukan ini. Banyak faktor
yang meletakkan Johor FC
pada kedudukan sekarang.

“Jika dibuat analisis, prestasi
Johor FC di tempat lawan agak
baik tetapi kita sering tidak
bernasib baik apabila beraksi
di tempat sendiri.

“Sepatutnya pihak pengurusan
tidak cepat panik dan ambil
keputusan terburu-buru,”
katanya ..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...