Powered By Blogger

Wednesday 12 December 2012

Kembali ke Kuantan



Haritu balik kuantan jap.. ( Jap je )
Sebab g sane
- Clearance subject
- Ambil duit lebihan MARA Alisa
- Saja nak bejalan jumpa kawan2 kat sana


Destinasi pertama g ke Pekan hantar baju pada member alisa Syuhada the nursing
Jalan dari paloh Hinai ke pekan tembus bandar kuantan
Jalan jauh sikit tapi selesa sebab xbnyak kereta dan Lori


pusat equestrian baru dekat tanjung lumpur...
Boleh blajar main kudaaa
- Pon ada futsal 1 Malaysia kat tanjung lumpur


Sampai2 je cek-in kat CitiLite
Hotel bajet je RM60 semalam ( lisa je tdo sini )


Tempat utama wajib pegi kedai abang Lan ngan K Ija
die dapat baby boy lagi... Pergi ECM jap cr hadiah baby
Malam tu lepak kat umah K Ija smbil makan Mee Goreng smmbil tengok
Harimau Malaya seri 1-1 dengan Thailand




Tempat wajib pegi
Telok Chempedak a.k.a  TC

Tapak IKIP baru kat Tanjung Lumpur
agak2 tahun brapa siap ni... Dulu kata 2012 siap
2012 dah nak abis baru tang ni je nampak..  " )

esok tuu lepas berurusan dengan IKIP

Lepak tengok wayang jap dengan Zufri.. Biasa la kalaw jumpa dia ni mmg wayang punye
mamat wayang..Ahahahah


Ingt baik tu nak le singgah Muadzam tengok Mujib
tapi smpai Muadzam je da kol 8.30 malam hahaa
Smpai melaka da kol 12.30 malam
xtaw la awat yg lambat nau smpai Melaka
Gerak 6.30ptg
singgah paloh Hinai - Muadzam - Segamat
12.30 smpai huhu
Serius penat....

Huh anyway rindu Kuantan
xtaw la bile lg akan sampai kat sini... huuuu

Monday 29 October 2012

Nak kumpul CD


Radio
Aku benci Radio,
Iklannya lebih banyak dari lagu 
yang diputarkan di Radio,
Dj nya lebih gedik dari pemakai yang
mencucuk telinga untuk mendengar Radio,
 @#$%^&*())_
 


CD yang pertama sekali aku beli
Time ni tangan aku masih berbalut akibat patah kemalangan
Boleh laa layan..


Pastu ni CD kedua aku
Time ni kepala memang ting tong dengan ACAB
dari sekolah lagi memang popular budak2 skin head kat sekolah
xpadan dengan sekolah tahfiz.. puihh


Lagi CD from ACAB menjadi pilihan hati
Live n Loud serius kasi gegau kepala otak
" Suara megat xde la sedap mane
tapi lagu n goreng dier tuh perghhh "
Bak kate member aku ...

Masuk ke alam kolej, duit da sengkek, dah xbeli lagi da CD
lepas abis kolej, da bekeje, ni la CD seterusnya
Tibe2 jer beralih ke alam islamic pulak..
Tibe2 terus jatuh cinta dengan alunan music islamic rock dance balad pop 
bla bla bla Maher Zain..

 
N then keluaran seterusnya Maher Zain
terus jer beli walaupun time tu baru dengan satu lagu jer
Number one for me, terus jer fall in love.. huuu

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Tibe2 jer arni rase nak kumpul CD - CD original
Beli CD RM5, seminggu jer da rosak .. Haish

Next Target


Dulu da beli, tp yg RM5 punyer
sekarang CD tu da rosak, da lame da pn rosak..
Purata 80% lagu dalam album ni semua pecah kepala
tip top memang layan gilerrr... 


Ok ni target utama sebenarnya...
Diperkenalkan oleh kawan aku...
Pertama kali dengar memang jatuh cinta terus
Juara Indonesia Idol.. Mantop seyhhhh ...
95% lagu2nya sedap didengar bukan dimakan


Matisyahu , One Day
Video klip lagu ni dah menggemparkan dunia aku
Klip video yang simple tp mampat padat ringkas
kita boleh paham apa yg cuba disampaikan dlam klip ni
Walaupun aku xdenga lagu2 die yg lain tp ak excited nk beli album dier >..<


Lagi album dari seberang
semua lagu die ni bukan saje tipe x
tp memenuhi tipe aku jugak haha
100% boleh layan dikepala...

Eh banyak lagi la klaw nak sebut
Akon
Sofaz
Exist
haish !!

Saturday 27 October 2012

Suara Kota London


Tewas lagi
kali ni depan penyokong sendri arsenal ditewaskan oleh
pendatang baru Champion League Schakle 04
Huntelaar dan Afellay
2 gol berbalas kosong

Lantas kota London bergema dek puluhan ribu penyokong
yg membanjiri kota london
semasa mesyuarat tahunan BOD Arsenal
rata2 penyokong amat kecewe
lebih2 lagi tentang penjualan2 star setiap tahun

RVP
Song
Fab4
Nasri
semua pemain penting Arsenal dijual
ditambah lagi dengan statement wenger
Masuk UCL pon da kire menang trofi
Lantas satu banner / spanduk telah dibuat khas oleh penyokong Gunners
( gambar rajah di atas )

Malam ni tepat jam 10 malam
Arsenal vs QPR
aku nak tengok Astro HD
kompem boleh mng laaa
2-0

Wednesday 24 October 2012

Arsenal vs Schakle 04




Awal pagi ni Arsenal akan menjadi tuan rumah kepada pendatang jerman
Schakle 04. Lepas kekalahan bangang 1-0 ke atas Norwich, anak buah wenger
nak membalas balik kepercayaan ke atas fan-fan yang da bising..
Bole mng ke EPL ??
Boleh dpat ke Top 4 ??
Boleg dpat cup season ni ??

Pagi ni, kalaw arsenal menang, kita dah boleh relax da
sebab da 90% untuk layak ke peringkat 16 pusingan, game yang ke-4 
hanya perlu seri saje n then 2 game lagi tuh boleh laa bagi pada super2 sub kita
main macam arshavin, chamakh, djourou and x lupe masukkan player muda
untuk menambahkan pengalaman. Ape yangh penting pagi ni perlu menang.

Prediction, 1-0 jer kot sebb schakle ni pon gagah jugak
minggu lepas depa baru kalahkan dortmund juara bertahan bundesliga
Afellay, huntelaar, hotlby, tu sume player yg boleh buat arsenal
pening pale.. harap defend xde la nak jatuh2 lg mcam aksi Norwich artuh.

Arsenal vs Schakle 04
Emirates Stadium
2.45 am
Livestreaming jerr

COYG

Saturday 20 October 2012

Disappointing Game


2 minggu waktu yang di tunggu2 oleh semua peminat Arsenal di akhiri dengan
penuh penderitaan.. Ape tak nya, kita memberikan kemenangan pertama Norwich 
pada musim ni lepas 8 perlawanan tanpa kalah.. Persoalannya.. Kenapa
dengan Norwich ??? No 2 tercorot liga ..... Kita kalah ??
Demmnn

Wenger , percaturan, player
mana satu nak disalahkan 
Kenapa podol di kuarkan ?????
kenapa bukan Gervinho si useless tamak haloba tuu
Ramsey 90 minit ?? wadatuttttt
Giroud tendang angin.
Kalaw yg shoot dr jauh tak arteta, cazorlaa
yg lain xgeti nak shoot ??
Santos ?? malas nak ckap die nihhhh
serba serbi xkene
Manone.. org da bg chance, main la btol2.. 
bola cmtu pn boleh terlepas.. Embarassing
( bukan ak yg kate, comentator yg kate )

Arghhhh
aku stresssss
Why why why 
10 mate jauh beza dengan Chelsea
how can u said u are the biggest contender this year
Puihhh 

Friday 19 October 2012

Arsenal vs Norwich City


Ok malam semestinya posting2 FB akan bertaburan di muka buku ni
sebab ada beberapa game yang sangat menarik. Antaranya
Final Piala Malaysia ATM vs Kelantan
Derby Chelsea vs Hotspurs
Kepulangan kembali Owen Stoke City ke Old Trafford
dan yang paling aku tunggu2 kepulangan Jack Wilshere
Arsenal vs Norwich City

So malam ni tolong jangan kacaw aku
Aku nak fokus pada bola
>..<

Arsenal is my life !!!

Wednesday 17 October 2012

Hujung Minggu tanpa EPL



Auh sungguh hepi minggu ini...
Hepii ?? Plizz laa.. Hidup aku hepi kalaw ari minggu aku diserikan dengan
EPL / Arsenal jer.. Minggu ni sekali lagi International Duty membuatkan 
aku blur, xtaw ap nak buat, xtaw ape nak tunggu, xtaw ape nak
post kat FB yang biasenyer dicemari dengan posting2 EPL..

Bile xde EPL minggu ni
xde laa aku dok usha Arsenal.com
xde la aku usha Fantasyfootball.com
xde laa aku usha firsthrow.streaming.com
xde la ak nak usha group2 arsenal 

Bile ak xbuat sume2 ni... arghh hidup rase kosong
mane hak menonton aku nih ??
haish ape pn 2 game international minggu ni
Ni antara berita2 sensasi daripada player2 Arsenal

1- AOX menjaringkan gol pertama dengan England
2- Wallcott injured
3- Mertesacker jaringkan gol, kemudian berlari mencari podolski yg dekat 
bangku simpanan.. haha
4- Giroud gol minit terakhir lawan Spain ( cazorla pon ade main )
Koscielny first team France
5- Vermaeleen kekal Clean Sheet
6- Aaron Ramsey dilucutkan jawatan Kapten

Friday 31 August 2012

Champions League Draw





Berakhir sudah penantian tentang siapakah lawan di pusingan kumpulan semasa 
undian pusingan peringkat kumpulan champions league.
Ulasan, pendapat dan jangkaan siapa akan mara dibuat berdasarkan
prestasi semasa pasukan kelab. 

Kump A
Porto diletakkan sebagai pot A ( pasukan pilihan ) didalam Group A
apabila meraih kejayaan pada tahun 2004 dan berdasarkan prestasi musim 
lepas selepas menjadi juara liga portugal dan super cup portugal. Namun jika 
dilihat transfer terbaru pada kali ini, PSG yg diletakkan di balang C adalah
pasukan pilihan yang mana rata2 ingin menyaksikan PSG berada di Group D bersamaan 
dengan Real Madrid dan Man City. Namun Dinamo Kyiev dan Zagreb juga
bukanlah satu kelab yang asing di Champion League. PSG akan menjadi juara
kumpulan dan saingan 3 penjuru mungkin akan dilihat dimiliki
oleh Porto dengan jurang mata yang sedikit.

Kump B
Arsenal merupakan salah satu pasukan yg berada di pot A yg mana pasukan ini
belum pernah memenangi gelaran UCL. Dilihat pada undian ini Arsenal 
tidak mempunyai masalah untuk menjuarai kump B dan saingan ke-2 
mungkin terjadi kepada 2 pasukan iaitu schakle dan olympiakos. Namun Montpeller
bukanlah sebarang kelab. Kelab ini telah menunjukkan jalan keluar kepada
gergasi perancis Lyon dan Marseile dengan kedua2 pasukan itu bergelut
untuk layak ke europa. Arsenal dan Schakle akan mara ke peringkat 
seterusnya berdasarkan prestasi semasa pasukan selepas Schakle fc membelasah 
FC Saarbrucken 5-0 dan seri 2-2 dengan pencabar kejuaraan jerman Hannover.
 
Kump C
 Kump C dilihat sebagai satu kump yg agak seimbang. Walaupun AC Milan
diletakkan sebagai pasukan pilihan, namun Ac Milan bukan lagi skuad
yg seperti musim lepas apabila banyak pemain utama mereka telah
memilih untuk keluar dari pasukan. Dengan pasukan yg sedang terumbang ambing
dan kekalahan mengejut kepada sampdoria 1-0, ac milan ada tugas sukar kali ini.
Diundi bersama juara rusia zenit st petersburg yg hampir membuat kejutan tahun lepas
dengan mara ke suku akhir. Pasukan Anderlecht pula merupakan juara Belgian
namun sejarah mengenai pasukan ini di UCL tidak lah begitu baik dan
semangat malaga yg membelanjakan jutaan ringgit dan sedang 
menampung beban hutang juga tidak boleh dipandang rendah. Pernah 
menewaskan real madrid bakal menjadi modal utama pasukan ini
tidak boleh dipandang ringan. Ape pun Ac Mian masih lagi pilihan dan
Zenith akan mara ke peringkat seterusnya.

Kump D
Kumpulan yg dikatakan kump maut apabila menghimpunkan kesemua juara
liga pada tahun lepas, Real, Man C, Ajax dan dortmund. Kesemua dilihat mampu
membuat kejutan namun jika dilihat prestasi semasa ajax bukanlah ancaman
besar bagi UCL untuk beberapa tahun ini, dan ia lebih kepada Real madrid dn City.  
Namun apa yg membimbangkan 2 pasukan ini adalah pasukan yg meningkat naik
secara mendadak iaitu dortmund, menewaskan Arsenal, mengenepikan 
2 kejuaraan daripada bayern munich dan 2 aksi pembukaan liga dengan 2 
kemenangan membuatkan dortmund sebagai satu pasukan pilihan . Dengan aksi Man City
yg masih terumbang ambing, bolos 4 gol pada 2 perlawanan terakhir city
membuatkan city perlu berhati2 dengan pasukan yg bergerak pantas
seperti real dan dortmund. Real selepas menewaskan barca dilihat psukan pilihan
dan mengikut prestasi semasa dan pengalaman di UCL, Dortmund lebih
meyakinkan dripada city yg ditunjukkan jalan keluar pada peringkat kump
pada tahun lepas. Namun penjualan bintang Dortmund
pada kelab2 besar pada tahun ini membuatkan dortmund bukan pilihan untuk mara.
Real dan City akan mara.

Kump E
Chelsea telah memulakan langkah yg menakjubkan pada EPL pada musim ni
dengan pembelian berbaloi Eden Hazard telah membuahkan hasinya.
1 gol dan 4 assist dan penyerang yg mati hidup semula fernando torres bakal
menggegarkan UCL kali ini. Tiada masalah bg chelsea hanya juventus merupakan
pasukan yg perlu ditangani oleh chelsea sementara donest merupakan 
pasukan pengacau yg mana pernah menewaskan pasukan gergasi yg lain.
Nordjaesland akan menimba pengalaman berguna pada kempen UCL kali
ini apabila pertama kali masuk ke Ucl telah diundi bersama mantan juara UCL
yg lalu bersama chelsea. Juventus yg masih mencari keserasian selepas merombak
beberapa pemain bakal bersaing dengan donest untuk ke pusingan strusnya.
Chelsea dan Juve

Kump F
Lagi kumpulan 3 penjuru bayern, lille dan valencia akan bersaing
untuk merebut tempat dan bayern diihat bakal menjadi juara kump manakala
tpat ke2 bakal diisi sama ada valencia ataupun lille.Prestasi kedua2 pasukan 
dilihat seimbang apabila perlawanan terakhir kedua2 klab diikat seri oleh lawan
masing2 Namun valencia diihat sebagai calon untuk layak selepas lille
kehilangan beberapa tonggak utama mereka terutama eden hazard. Bate boleh
dianggap sebagai pasukan bukan pilihan, namun kelab ini mampu
membuatkan kelab lain kehilangan mata dan antara perlawanan yg akan diingati peminat
selepas mereka mengikat pemain bintang Ac Milan 1-1 pada tahun 2011.
 
Kump G
Undian mudah bagi Barca yg sedang kehausan piala pada musim lepas.
tidak bnyak perlu dikatakan mngenai pasukan ini yg mana bakal menjadi
juara kump walaupun hnya menggunakan pemain gantian mereka. namun perebutan
tmpat ke2 bakal menjadi menarik apabila ketiga2 pasukan dlam kump ini
mempunyai tahap permainan yg sama.Benfica, spartak dan celtic 
semuanya pernah menjadi gergasi ditempat mereka suatu ketika dahulu,
namun prestasi semasa memaksa celtic bermain diperlawanan play off,
begitu juga dengan spartak moskov dan benfica dilihat sebagai pilihan
untuk mengiringi barcelona selepas menewaskan musuh mereka 5-0
pada perlawanan pembukaan liga portugal. namun kejutan tempat kedua
boleh berlaku samaada celtic atau spartak yg akan membuat kejutan itu.
 
Kump H
Kump yg sama seperti Kump G yg mana Man U dilihat sebagai mudah untuk melepasi
kump ini. namun tahun lepas merupakan pengajaran berguna buat MU apabila
mendapat kump yg mudah, namun ditunjukkan jalan keluar seawal
peringkat kump lagi dan kali ini SAF bakal memberikan amaran keras
pada anak buahnya agar kesilapan lama tidak akan berulang. Braga, galatasaray 
dan cluj bakal menjadi 3 pasukan yg berentap untuk mengiringi MU.
Jika dilihat transfer, galatasaray mempunyai citarasa yg besar dengan mengeluarkan
bajet yg banyak pada tahun ini untuk memanaskan suasana UCL. Namun braga telah 
dipilih oleh UEFA sebagai pilihan ke2 untuk mara bersama MU dan 
Cluj juga pernah membuat kejutan di UCL. Pasukan pilihan yg akan mara
RVP dan Eboue

Monday 27 August 2012

Arsenal vs Stoke City



Perlawanan ke-2 Arsenal selepas 2 game
seri kedua2 game yg mana menunjukkan pembelian baru kite
yg rate2 adalah pemain penyerang masih lagi gagal dalam mencari
gawang lawang. Peluang paling terhidang datang dari Giroud sewaktu
menentang Sunderland selepas lorongan cantik dari Cazorla,
namun sepakannya melencong jauh walaupun betol2 die berada di depan gol
hanya dengan sedikit chalange dr pihak lawan.

Semalam peluang kedua datang, namun cubaan jauh dari Giroud 
selepas penjaga gol stoke keluar terlalu jauh hanya melepasi seinci palang
gol yg membuatkan peminat arsenal menepoh kepala selepas 
2 game masih lagi tiada jaringan dibuat oleh barisan hadapan
selepas barisan pertahanan masih cemerlang msih belum lagi
melepaskan sebarang gol.

Persoalan sekrang knape Diaby perlu main 90 minit sedangkan jelas
die hanya melambatkan pergerakkan arsenal yg terkenal dengan 
corak serangan pantas. Dengan Cross2 yg sangat meleweh seperti 
baru belajar sepak bola, termasuh si solo Gervinho yg xgeti nak
bermain secara teamwork. Game Arsenal semakin membosankan.

Minggu hadapan bertemu seteru utama Lierpool
dan mngkin kite boleh lihat target kite dulunye beraksi iaitu
Nuri Sahin yg dipinjam dari Real Madrid. Adekah akan ada new player dalam
masa beberapa hari lagi sebelum pntu perpindahan ditutup ??
Ataupun wenger sanggup menunggu sehingga bulan 9 - 10 
untuk menanti kepulangan kembali player yg masih lagi cedera
seperti Wilshere,, Rosicky.. Mampukah mereka beraksi baik
seperti dulu ataupun turun seperti Ramsey ??
Sama2 kita tunggu nanti..

COYG

Monday 13 August 2012

Arsenal vs Fc Koln



First game dari 3 signin baruPodolski, Giroud dan Cazorla..
Menentang Fc Koln yg bagi aku bukanlah lawan Arsenal namun
bile melihat corak permainan Arsenal yg sebelum ni ala2 yo-yo
selepasmng nasib ke atasMalaysia,kalah di tangan City danseri dengan kelab
Hong Kong, menampakkan bahawa Arsenal masih belum get ready untuk season baru.
Namun selepas kemasukan 3 pmain baru dan utama pada match kali ni,
aku rase Arsenal dah ready untuk mencabar kejuaraan kali ni.

4-0 dihadapan penyokong lawan agak bagus namun sebenarnya
Arsenal mampu membenam Fc Koln dengan lebih besar lagi jumlah
jaringan. Mengenai pemain baru, Lukas Podolski diam2 berisi. Aku xbape nampak 
kelibat die, namun 2 gol dan 1 assist dari podolski jelas mcam yg aku ckap
diam2 berisi. dan gol kedua podolski mmg terbaik hasil 1-2 die dan gibbs 
yg mane sebelum tu die menjaringkan gol penalti selepas chamberlain dijatuhkan
dari kotak penalti.

Cazorla pulak aku xbape nampak kelibat die, namun rmai yg ckap 
die ni mmg terbaik.. Aku tenga donlod game semalam n nak tengok balikbetol ke 
terbaik ?? Ke backeel xkene ?? hhehehe
Giroud plaknampak agak mngganas didepan kotak penalti
namun aksi cekap dr kepeer koln mengecewekannye, ke mmg finishing
die yg xpower.. ?? pape pon die bru sehari jadi kite bole kasi ruang kat die dulu.

Gervinho macam biase, friendly terbaik, bile main EPL ermmm
harap taun ni die konsisten. Ak nampak acabin main jap semalam..heh 
dan rumours mengenai RVP, kite buat xtaw jer.. Tungu dan menunggu...
Arsenal till Die

Thursday 2 August 2012

Arsenal vs Cologne Fc



X saba nak tunggu 12 Ogos ni untuk tengok friendly antara
arsenal vs Cologne yg mane Lukas Podolski pembelian terbaru Arsenal
bakal balik ke laman nye sebelum ni selepas berhijrah ke Arsenal.
Go Lukas !!!

Sunday 29 July 2012

Buat sendiri k !!!



td rajin sngat ngemas bilik
tbe2 nmpak kotak ni, tengok mcam bole wat tempat letak HP
aku gubah la die sikit n jadi la ia sebegini
hehehehe


n then ni untuk surat2 aku
heheheeh cumel x ??
weeeeeee

Wednesday 25 July 2012

Arsenal 2 - 1 Malaysia





Bangga dengan Malaysia
honestly, walaupun aku menyokong Arsenal
tapi aku masih lagi berharap agar Malaysia dapat mengalahkan Arsenal
Walau ape pun keputusan, aku terime jer
sebab ni hanye friendy semate

Goal Azmi Muslim memang mantap
xdinafikan lagi lencongan yg membuatkan vito manone tekedu
Gandingan muda arsenal pon bole tahan
Yennaris eisfild aneke
coquelin chamberlain miyachi
semua menunjukkan prestasi yg menarik

Paling xsangka corak permainan Malaysia
yg nampak berani dan menyerang sehinggakan Vito manone
berterbangan ke kiri dan kanan
legen djouroun and our captain Veraeleen
pon xmenang kaki terjah sane sini mnyelaatkan pintu gol
sehingga Mas lead 1-0

Nmun lepas aidil and subra kuar digantikan dengan Musli ahmad
satu ptande buruk aku dpat rasekan
terus aku post at FB
Muslim masuk kompem bolos jap g
sah, 2 biji bolos dlam mase 10 mnit terakhir

paling mengujakan super duper tngan power
farizal marlias, mlam tu die lg power dr apek
aku da tngok die ni mmg ntap sejak taun lepas lg semase
mnentang chelsea, pasukan kite klah 1-0 jer disebabkan kemantapan
die, xmcam apek 4-0 kene ngan asenal >..<

ape ape pun
coyg
next game vs Man City
kat beijing
Go Arsenal
pastu city dtg malaysia plak
vs Malaysia
Go Malaysia


Saturday 21 July 2012

Fantasy Primier League Kembali !!!



Mcam biase kapten xde perubahan
RVP

Name yg tetap ade
Collocini
Jose Enrique
Heitingga
Dempsey
Segsegnon
Cisse
RVP
Krull
Sagna

Muke Baru
Bainess
Foster
Song
Pongrebayk
 Sterling
Jenas


Digugurkan
Sigudson
walcott
Miyachi
Jelavic
Vorm

Selamat Berpuasa Muslimin dan Muslimat !!



Semoga di bulan yg penuh berkat ini kita sama2 dapat membuat
sesuatu yg dapat menambahkan pahala amalan kita.. Amin !!!


Location : Masjid Sultan Ibrahim Muar Johor

Thursday 28 June 2012

Spain ke Final !



Seperti diramalkan Spain mara ke final
tapi cara mereka mara tu tak lah semudah yg diramalkan
apabila CR and the geng memaksa spain hingga ke penentuan Penalti
sehinggalah Bruno Alves gagal memasukkan gol yg memberikan kemenangan 
kepada spain selepas Cesc Fabregas menjaringkan gol terakhir untuk Spain.



Pagi ni sekali ramalan aku akan mengene
pasti !!!
Germany akan menewaskan Italy tanpa perlu mengheret ke penentuan
penalti. Ni ramalan jerk.. keh keh keh
X saba nak tunggu pagi nih
Go Germany !!
Make me proud !!!

Germany !!

Wednesday 27 June 2012

Mari bertajwid Part 1 - Nun Mati dan Tanwin


f


Tajwid dimulakan dengan basic tajwid iatu mengenal 
Hukum Nun Mati dan Tanwin.



Ini tanda2 Nun Mati
 

Dan ini adalah tanwin


Nun mati dan tanwin terbahagi kepad 5 bahagian

1. Izhar Halqi
2. Idgham Maal Ghunnah
3. Idgham Bila Ghunnah
4. Ihfa' Hakiki
5. Iqlab


 

1. Izhar Halqi 

Maksud : Apabila Nun mati atau Tanwin bertemu dengan huruf2 izhar
mestilah dibaca dengan terang dan tanpa dengung.

Huruf2 Izhar ialah


Contoh ayat seperti 

 
 Mesti dibaca dengan terang dan jelas
Siratal lazi Na An Am ta alai him
( Jelas dan terang )
Na An Am



2 . Idgham Maal Ghunnah

Idgham ( memasukkan ) Maal ghunnah ( dengan berdengung )
Maksud : Apabila Nun mati atau Tanwin bertemu dengan huruf2 Idgham Maal Ghunnah
mestilah dibaca dengan dengung. ( memasukkan huruf Maal Ghunnah )

Huruf2 Idgham Maal Ghunnah ialah


Disini dah tersedia huruf dan contoh2 ayat
ayat2 diatas mestilah dibaca dengan dengung
Hisaban yasira ( salah )
Hisabaaiiinnnnnnnnn yasiraaa" ( betol )
Tanwin bertemu Ya
Memasukkan antara ba bertanwin dan ya sambil berdengung


3. Idgham Bila Ghunnah

Idgham ( memasukkan ) La Ghunnah ( Tanpa dengung )
Maksud : Apabila Nun mati atau Tanwin bertemu dengan huruf2 Bila Ghunnah
mestilah dibaca dengan memasukkan huruf Lam atau Ra tanpa dengung

Huruf2 Idhgam Bila Ghunnah


Contoh ayat seperti


Jazaaaa am Min Rabbikum ( salah )
Jazaa am Mirrrr Rabbikum ( mesti memsukkan huruf Ra ) tanpa dengung


4. Ihfa' Hakiki

Makna =  Ikhfa’ bermaksud Tersembunyi. Membaca huruf yang sifatnya antara 
Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada 
huruf yang pertama. 

 Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Ikhfa’ Hakiki, dibaca dengan Dengung


Huruf2 ihfa' ada 15



Apabila Nun mati bertemu Zho
Menyembunyikan huruf zho dan mendatangkannya selepas Nun mati berdengung
il la Mannn ( dengung 2 harkat )  zholama
il la mannnn Zholama .. ( betul )
il la manzzzzholimin ( salah )


5. Iqlab

Makna = Menukarkan bunyi Nun Mati dan Tanwim kepada bunyi
 huruf Mim dan diikhfa’kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba’ yang
 berbaris serta dikekalkan sifat dengung.

Huruf Iqlab ada 1

ب

Contoh ayat 

 Nun mati bertemu Ba
Izin baasa ( salah )
Izimm ( bedengung 2 harkat ) baasa  ( betul )
Izimmm baaasa 
 Menukarkan dari huruf Nun ke Mim

Selamat beramal  >..<


Credit : Abrar Aman & Fiqry Khairuddin
Location : Campus IKIP 5


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...