Powered By Blogger

Thursday 19 April 2012

10 sen untuk FAM



Wakil KAFA dan Kelab Penyokong Bolasepak Kelantan hadir ke 
Wisma FAM hari ini untuk menyerahkan duit syiling 
10sen sebanyak RM2,170.

Perlu diingatkan, duit serahan ini adalah daripada tindakan susulan 
secara sukarela rakyat Kelantan dengan melancarkan kempen ' 5 sen 
untu Azuddin dan 5 sen untuk FAM ' beberapa minggu lepas. 
Kutipan derma tidak sampai 2jam pun telah mencukupi untuk 
membayar kos mesyuarat tersebut.

Kadang-kadang untuk mengajar 'orang cerdik' kita perlu gunakan 
cara yang paling halus dan paling hina untuk mengajarnya. Kalu guno
 caro lain, tok make saman. Yang pasti FAM lebih hina mengemis
 duit 10sen dari rakyat Kelantan, malah lebih hina dari peminta 
sedekah dikaki lima kerana mereka cukup sifat.

Apapun kami di I ♥ KELANTAN mengucapkan syabas dan 
tahniah untuk semua rakyat Kelantan yang menjayakan misi ini melalui 
bantuan wang ringgit, idea mahupun sokongan moral.

Yang penting, anda perlu ingat selagi Kelantan diganggu,dihina, 
didiskriminasi selagi itulah hidup anda tidak tenteram.

" Anda boleh bunuh 100 pemuda Kelantan, tetapi 
anda tidak boleh membunuh walau 1 pun jiwa anak Kelantan."
- Pok Dogo


* Kaw kira la smpai lebam FAM oii

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...