Powered By Blogger

Saturday 7 April 2012

Jawab Dato Najib isu PTPTN percuma



Pembayar cukai pendapatan terpaksa tanggung kos RM43 bilion: Najib
BATU PAHAT: Datuk Seri Najib Razak berkata, cadangan menghapus kira 
pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang 
menjadi janji baru pembangkang memerlukan rakyat menanggung RM43 bilion 
 menerusi pembayaran cukai. Perdana Menteri menegaskan, jika langkah itu diambil,
 ia akan meningkatkan beban pembayar cukai pendapatan kerana tiada negara di
 dunia yang menanggung sepenuhnya kos pendidikan tinggi. 

Kalau PTPTN nak dihapuskan, ia menelan kos RM43 bilion. Hanya tiga negara 
di dunia yang tanggung sepenuhnya pengajian di universiti termasuk Norway tetapi
 mengenakan cukai pendapatan yang tinggi. - Datuk Seri Najib Razak
“Kalau PTPTN nak dihapuskan, ia menelan kos RM43 bilion. Hanya tiga negara 
di dunia yang tanggung sepenuhnya pengajian di universiti termasuk Norway tetapi 
mengenakan cukai pendapatan yang tinggi.

“Adakah kita sebagai pembayar cukai sedia dikenakan cukai pendapatan yang 
tinggi semata-mata mahu menghapus kira PTPTN. Tentu ini tidak adil sama 
sekali kerana akan membebankan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Jelajah Janji Dikota (JJD)
 peringkat kebangsaan yang bermula di Stadium Batu Pahat, semalam.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, 
Datuk Abdul Ghani Othman.

Perdana Menteri mengulas janji baru pembangkang yang cuba meraih perhatian
rakyat bagi mendapatkan sokongan serta undi pada pilihan raya umum (PRU) akan 
datang, meskipun banyak janji mereka di negeri yang sedang diperintah ketika ini 
gagal ditunaikan selepas mendapat mandat.

Najib menegaskan kos pembelajaran setiap pelajar yang diterima memasuki 
universiti awam negara ini sudah ditanggung sehingga 90 peratus oleh kerajaan.
Beliau berkata, kos tinggi yang ditanggung kerajaan itu menyebabkan hanya
 10 peratus kos pembelajaran terpaksa ditanggung setiap pelajar menerusi
pembiayaan oleh pinjaman PTPTN.

“Tentu tidak adil sama sekali untuk membebankan rakyat kerana yang masuk
 universiti sudah 90 peratus ditanggung oleh kerajaan, sedangkan hanya 10 peratus
 dibiayai menerusi PTPTN.

“Kalau nak dihapuskan ia tentu memberi beban kepada rakyat lain sedangkan ia
 bagi menanggung sedikit yuran serta kos sara hidup setiap pelajar,” katanya.
 
 
p/s - Pak anjang aku - Sarjan trafik selayang
Aku tanya die boleh ker kalaw bagi PTPTN percuma ??
Die jawab..
Kalaw nak ikutkan boleh jerk
Tapi kerajaan yg xnak..
 
Setakat 43 bilion ????
 
Untung minyak saje da berapa bilion ???
Felda, tax, ( cukai ), PLUS ( Tol highway ) Saman Trafik
Saman Polis, Saman JPJ, Rotax, Insurance , JKR , 
Bil2 seperti Api, air , Hospital ???

Perindustrian ??
Perkilangan, kargo, Telekomunikasi, Minyak, Felcra Felda
Astro, Proton, Produa, Honda, Mercedes, Harley Davidson ??
Cukai tu sume..

Xmasok yg Tourism
Perhotelan, pelancongan, Airport KLIA
erkkk  banyak lah sumber pndapatan ngara kita..
Org lain boleh buat nape kita xleh..

Ngara lain setiap kelahiran bayi dpatelaun
kita??
Pampers, lampin, susu, bil hospital baby, suntikan,
sume kita bayar
 
Bukan nak berpolitik
tp bila denga balik ulasan Pak Anjang aku
ade benarnya jugak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...