Powered By Blogger

Wednesday 21 March 2012

Ini Boddo Namenyer


Assalammualaikum.


Negara kita dikejutkan dengan berita penculikan seorang remaja perempuan berusia 15tahun sewaktu keluar membeli kad prabayar bersama adik-adiknya.Kini,lebih menggemparkan apabila remaja berkenaan,Siti Nur Fatiha mengaku bahawa penculikan itu telah dirancang olehnya.
Mangsa yang kononya diculik oleh seorang wanita dan dua orang lelaki pada hari Ahad yang lalu,merancang penculikan ini.Malah,remaja itu sendiri menghubungi 'penculik-penculik' berkenaan agar menghantarnya ke rumah teman lelakinya.
Siti Nur Fatiha yang ditemui di rumah keluarga teman lelakinya mengaku bahawa dia tidak diculik,tetapi melarikan diri dari rumah ekoran dari tekanan perasaan yang dialaminya.
Gadis ini telah dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sultanah Fatimah untuk mendapatkan sesi kaunseling dan penjagaan kerana beliau tidak mahu pulang ke rumah dan merayu  untuk tidak berjumpa sesiapa.
Ketua Jabatan Siasatan SAC T.Narenasagaran menegaskan,kes culik ini adalah tidak benar dan mangsa sendiri mengaku melarikan diri.Dua lelaki dan seorang wanita yang kononnya menculik beliau tidak akan dikenakan tindakan tetapi akan dipanggil untuk memberi keterangan lanjut mengenai kes tersebut.
 




haih,adik Siti Nur Fatiha,nama cantik seperti tuannya,namun kenapa tidak berfikir panjang.
Alahai sayangnya!.Satu Malaysia duk kalut mengenangkan nasib anda...sana sini orang berdoa agar anda tidak menjadi mangsa kekejaman,rupanya ada cerita disebalik 'penculikan'.
Tak kesian ka melihat air mata ibu mengalir mengenangkan nasibmu?!.
geram juga dengan perangai dia ne.Harap adik-adik yang lain akan berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk 'diculik' yer.fikir sebelum bertindak.
 
 
Pesanan buat diri 
Apabila da ade anak nnti.. pastikan anak xbuat cmni k.. haha
 

2 comments:

  1. ak pown nek heran kot..
    mule2 bce berite sal dy da tkut da..pikir kes culik mkin mjadi2 sekarang ni..
    pulak kt kuantan uh..
    upe2nye culik diri sendiri p bg kt bf..adeh~~

    ReplyDelete
  2. tu laaa...
    skrg nih sume da ckap..
    klaw ade kes culik g mlas nak lyan..
    tkut jd cmni.. kite dok risaw die sebok ngn jntan..
    pasal nila setitik rosak susu sebelanga ..
    haish.. pesanan..
    please tlg jngan lari blik umah aiman rafiq k.. hha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...