Powered By Blogger

Tuesday 1 March 2011

Konsep dan teori perbankan Islam






Aku tulis benda ni sebab jap g ada TEST 1 bab ni, so sambil2 aku kongsi pengetahuan dapat gak aku study an..huhu

Mengapa Bank islam ditubuhkan??


- Bank Islam ditubuhkan bagi memenuhi keperluan perbankan umat islam.
- Bank islam beroperasi sebagai tempat orang ramai menyimpan wang dan bagi mendapatkan pembiayaan melalui produk2 yang ditawarkan.
- Bank Islam beroperasi berlandaskan agama dan juga keuntungan.
- agama : mematuhi segala hukum syariah dan membentuk bak islam menjadi organisasi yang lebih menitikberatkan unsur2 moral, kemanusiaan dan keadilan.
- dalam bank islam juga tidak mempunyai kadar faedah.

perbezaan antara bank islam dan konvensional.

Bank islam seperti yg tertera di atas..

Bank konvensional.

- bermatlamatkan keuntungan semata2.
- tidak menitikberatkan unsur2 islam.
- melaksanakan kadar faedah secara berleluasa.
- kaddar faedah sebagai sumber pendapatan utama.


PRINSIP2 SYARIAH


Al-Mudharabah
- seorang akan melaburkan wang dan seorang lagi akan mengusahakan perniagaan.
- pelabur tidak boleh sama sekali terlibat dalam perniagaan, (hnya melabur sahaja)
- keuntungan berdasarkan peratusan yang telah dipersetujui oleh kedua2 belah pihak.

Mudharabah Mutlaqah
Mudharabah seperti yang di atas.

Mudharabah Muqaiyadah
- menghad dan mensyaratkan masa, tempat, jenis perniagaan, pelanggan dan seumpamanya kepada pengusaha.

Al-Musyarakah.

- Gabungan modal daripada pemegang2 saham untuk membiayai sesuatu projek
- keuntungan dan kerugian dibahagi sama rata.

ada 4 jenis Musyarakah.

Syarikat al-Enan
perkongsian diantara 2 atas harta mereka untuk berniaga dan membahagikan keuntungan samarata.

Syarikat al-Abdan.
perkongsian antara 2 atau lebih yang mengumpulkan hasil daripada pekerjaan masing2 kedalam 1 tabung dan kemudian membahagikan sama rata tanpa mengambil kira nisbah masing2 yang dimasukkan dalam tabung tersebut.

Syarikat al-wujuh
tertubuh tanpa modal yang mana rakan kongsi akan membeli barang dengan harga secara tangguh dan menjual barang tersebut dan mengumpulkan keuntungan tersebut untuk dibahagikan sesama mereka.

Syarikat al-mufawwadah
dua orang atau lebih, mereka mesti mempunyai modal yang sama bnyak, hak yang sama, tnggungjawab yang sama berat, pembahagian yang sama dan agama yang sama.

perbezaan antara mudharabah dan musyarakah

Musyarakah                                                        mudharabah

- modal daripada semua pemegang saham             - modal daripada satu pihak sahaja.
   mengikut nisbah yg dipersetujui.
- harta yg bernilai dan wang boleh dijadikan           - modal mestilah dalam bentuk wang sahaja
   modal.
- semua pemegang saham kena bekerja bersama    - hanya pengusaha shja yg perlu bekerja.pmberi modal
                                                                                tidak dibenarkan.
- kerugian ditanggung bersama.                               - kerugian ditanggung oleh tuan punya modal sahaja.



Al-murabahah
kedua2 pihak bersetuju menjual dan membeli barang pada suatu tingkat harga yang didalamnya terkandung segala kos dan juga keuntungan.
penjual akan menjual barang kepada pembeli pada harga yang lebih tinggi dari harga asal .
dengan kata mudah ialah harga yang dinaikkan mestilah dinyatakan dengan jelas kepada pembeli.

Ijarah
sewaan atau upahan.

perbezaan sewa dan upah.


sewa                                                                        upah

- perkara yg diakadkan ialah manfaat dn kgunaan     - perkara yg diakadkan ialah kerja atau perkhidmatan.
- harta yg disewakan mestilah dah wujud.                 - kerja yg hendak dilakukan mesti diberikan sebelum
                                                                                  berlaku sewaktu akad dibuat.
- tempoh masa penggunaan mesti ditetapkan.            - jenis kerja, perkhidmatan mesti diberikan dalam
                                                                                 tempoh yg ditetapkan.


Al-Ijarah Thumma Al-Bai
penyewaan yang diikuti dengan pembelian.
penyewa akn membuat agreement untuk menyewa .
selepas tamat tempoh penyewaan, dia akan membuat satu lagi agreement utuk membeli pula.

Bai Al-Inah
menjual barang secara tertangguh dan kemudian membeli semula secara tunai dengan harga yang lebih murah.
contohnya,
A menjual sesuatu barangan kepada B dengan harga 5500 secara tertangguh. B menggunakan barang tersebut bagi suatu tempoh tertentu dan kemudiannya menjual semula kepada A dengan harga 5000 secara tunai.

Bai-Al-Dayn
Jual beli secara hutang

Al-Qard Al-Hassan
hutang tanpa syarat atau janji untuk membayar balik lebih daripada hutang,tetapi memberi saguhati kepada tuan punya hutang semasa membayar bukan kerana syarat tau janji.
contohnya:
die berhutang 1000, dan membayar 1200 dan 200 tu xde dalam perjanjian tetapi si pembayar itu memberi 200 itu sebagai saguhati, atau hadiah.

Al-Wadiah
beerti pengamanahan.
seseorang mengamanahkan untuk menyimpan barang tersebut daripada kemusnahan, kehilnagn, kecurian dan sebagainya.

Bai Al-Salam
Bayar dulu, barang dapat kemudian.

Al-Bai Bithaman Ajil
dapat barang dahulu kemudian baru bayar.

Bai Al-Istisna
tempahan
penempah bole menempah barang yg dikehendaki mengikuti selera, dan ia haruslah disaipkan dalam tempoh masa yg ditetapkan.

Bai Al-Istijrar
Menempah secara berterusan seperti langganan surat khabar setiap hari.

Al-Rahnu
Gadaian
membuatkan sesuatu barang itu sebagai ganti untuk mendapatkan wang dan jikalau dalam tempoh masa yg ditetapkan penggadai gagal untuk membayar semula, barang yg digadaikan itu akan diambil oleh kedai gadaian tadi.

Al-Hiwalah
pemindahan hutang kepada orang lain.
contohnya.
Ara berhutang dengan Mazni
Mazni pulak ade hutang dengan zufri
so bile ara nak bayar hutang die pada mazni..
mazni pon bgtaw baya dekat zufri...
so hutang diantara mereka bertiga dianggap selesai.

Al-Sarf
urusniaga jual beli matawang
emas dengan emas
perak gan perak
logam ngan logam
kalau zaman sekarang lebih cenderung kepada matawang asing dengan matawang negara
(money exchange)


kalau emas dengan emas mestilah on the spot dan sama berat
emas dngan perak mestilah on the spot

perak ngan emas mestilah secara on the spot
perak ngan perak mesti on the spot dan sama berat

Al-Kafalah
Penjamin.
mencantumkan tanggungjawab seseorang dengan seseorang yg lain. selalunya mereka yg berkaitan seperti adik beradik, anak beranak, saudara mara dan kenalan.
jika si peminjam gagal menjelaskan hutang, penjamin bertanggungjawab ke atas hutang tersebut.

Al-wakalah
mewakilkan seseorang untuk melakukantugas bagi pihaknya.
wakalah
wakil..

agar sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan syafaat kepada anda..
Assalamualaikum

6 comments:

  1. terima kasih.. tumpang baca gak ni sbb sy pun nak amek exam tajuk ni jgk..

    ReplyDelete
  2. Auh sila sila... xsangka plak ada pembaca kat blog ni >..<

    ReplyDelete
  3. ade,,, tgah ambik exam gak.. test je,, done follow u nice content

    ReplyDelete
  4. Tqtq good info ah.senang paham

    ReplyDelete
  5. good note..thanks..dapat jugak info yang saya nak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...