Semangat kesukanan yang sebenar
Mikel Arteta menulis sepucuk surat terbuka kepada Liverpool bagi mengucapkan terima kasih kepada kelab dan peminat mereka di atas sokongan selepas insiden menakutkan di Anfield.
Midfielder Arsenal tersebut diusung keluar semasa kemenangan 2-1 kelabnya berikutan perlanggaran dengan Jordan Henderson.
Walaupun telah pulih, dia akan direhatkan seminggu yang mana akan menyaksikan dia terlepas pertembungan Liga Juara-juara dengan AC Milan. Dia mahu merakamkan rasa terima kasih kepada semua orang-orang yang membantu semasa rawatannya.
Bekas bintang Everton menulis, "Saya hanya mahu ambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua di atas bantuan dan persahabatan mereka terhadap saya pada hari Sabtu."
"Selepas insiden itu, staf perubatan Arsenal melakukan pekerjaan yang hebat, bersama-sama dengan semua orang di Kelab Liverpool."
No comments:
Post a Comment