Powered By Blogger

Sunday, 4 March 2012

Hakim yang bijak



Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia 
berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku 
salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak 
pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu
 merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. 
Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya 
supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil 
memandang nenek itu.”Saya tidak dapat membuat pengecualian 
undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. 
Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu 
bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.


Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, 
 membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke
 topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.


‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang
 yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17),
 kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga 
terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.


“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan 
semuanya kepada yang tertuduh”


sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang 
sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk 
 membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu 
dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh 
pengurus ladang yang mendakwanya.


Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada
 penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan 
mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
 

 
aku pon nk curi ubi kayu la cmni.. keh keh keh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...