Powered By Blogger

Wednesday, 11 April 2012

Daulat Tuanku



Pelantikan Sultan Kedah Sebagai Agong Dianggap 
Penghormatan Bersejarah Kepada Negeri
 
ALOR SETAR: Pelantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
 sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua bermula Selasa merupakan 
penghormatan bersejarah dan menjadi kebanggaan bagi seluruh penduduk Kedah,
 kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata seluruh rakyat mendoakan agar baginda dan Sultanah Haminah 
Hamidun dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera serta dapat 
memerintah dengan penuh kedaulatan dan keamanan.


"Akan tetapi, rasa bangga patik-patik sekalian bercampur hiba, berat rasanya hati 
untuk berjauhan dengan seorang raja pemerintah, tempat sekalian patik bergantung 
harap selama ini," katanya ketika berucap pada Majlis Istiadat Pelantikan Jemaah
 Pemangku Sultan di Istana Anak Bukit di sini Isnin.


Azizan berkata beliau mewakili seluruh anggota Majlis Mesyuarat
 Kerajaan Negeri, anggota-anggota perkhidmatan awam serta seluruh
 rakyat berikrar akan taat setia mencurahkan tenaga dan fikiran bagi menjamin
 kestabilan dan keharmonian negeri itu.


Katanya agenda kerajaan negeri bagi menjamin kebajikan rakyat akan terus
 didokong dan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan akan terus dijaga.

"Pastinya pesanan serta pandangan Tuanku yang konstruktif, galakan dan
 tunjuk ajar kepada kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan
 rakyat serta menekankan supaya keadilan, keamanan terus ditegakkan 
menjadi suntikan dan panduan bagi patik mengemudikan
 pentadbiran negeri," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...