Powered By Blogger

Wednesday, 30 November 2011

Bagaimanakah solat kita ??




Hari tuh tenga dok cari2 n usha2 gambar yg bole memotivatekan diri..
tibe2 tenampak kartun ni yang dilukis oleh pelukis katon terkenal
ubi dari majalah ujang.. siyes aku termenung kejap, pk balik.
ase mnyesal, ase takut sumenyer ader..

Ape tak nyer, idup kite semakin singkat. dose kite makin betingkat,
amalan kite xlah mcam para sahabat, sana sini penuh maksiat,
halal haram xpernah da nak ingat, sampai habis sume keringat,
syurga neraka kaw sendiri maw ingat laa..

Kadang2 terpikir, org tue2 kate ingat pesan ni
"solat jngan tinggal"
so kite pon solat la 5 waktu, siang malam tonggang tebalik,
kadang2 buat ala kadar jer.. cukup syarat sudah..
pernah x kite pikir,

ADAKAH SOLAT KITA DITERIMA OLEHNYA ???

"Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan 
yang keji dan mungkar adalah org yg mana solatnya tidak 
diterima oleh Allah S.W.T."


Jadi, mcam mane dengan kita ??
adakah kita tergolong dengan org yang mcam ni ???
ermmmm


"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan 
perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan 
kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan
kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya
kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari 
kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu 
seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.


sama kah macam kita ???
Ya Allah.. berikanlah aku kekuatan agar menjadi seorang Islam
yang sebenar.. Sesungguhnya aku xlayak ke syurgamu namun
aku juga xmahu ke nerakamu..Sesungguhnya kaw la yang maha
mengampuni dan maha penerima taubat.


Monday, 28 November 2011

KUPINANG KAU DENGAN BISMILLAH


Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

hampa terasa bila ku tanpamu

hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

atas restu Allah ku ingin milikimu

ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

atas restu Allah ku ingin milikimu

ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah


Ya Allah berikanlah kami semua jodoh yang terbaik buat kami.
Seungguhnya engkau telah menentukan segalanya.

Tanda-tanda perempuan menyukai lelaki : )


1)”Dia Tidak Senang Duduk”
Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana ‘pintu’nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan ‘Maaf!’, itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.

2) “Tunjuk Minat”
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.



3) “Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya”
Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.


4) “Dia Men’jual’ Dirinya”
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.

5) “Bersikap Terbuka”
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.WOW!

6) “Membayangi Anda”
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak ‘lemas’ lagi.

7) “Anda Diajak Ke Tempat Lain…”
Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.



sumber:darxniq.com
Nota Kaki: hahaha. kang ada yang perasan kang.. aku tak tanggung kalau fakta ni salah.. hahahhaa

Sunday, 27 November 2011

Tentera Panji-Panji Hitam

Tentera Panji Hitam dari Timur adalah tentera Imam Mahdi yang akan memperjuangkan Islam di akhir zaman. Tentera ini tidak dikalahkan kerana mendapat perlindungan Allah.

Tentera ini juga akan menghapuskan Yahudi laknatullah yang membunuh ramai umat Islam masa kini. Tentera iniakan dipimpin oleh Al-Mahdi. Sekiranya ianya datang pada masa kita sama-samalah kita berjuang di jalan Allah.

Hadis-hadis tentang Panji-panji Hitam Dari Timur

Sabda Nabi SAW:

1. “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun”(HR Ibnu Majah)

2. “Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi”

3. “Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis”.

4. “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur”.
 

5. “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

6. “Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanya seperti nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya”. (HR Nuaim bin Hammad)

7. “Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya(baitulmaqdis).” (HR At-Tarmizi)

Sumber: Pendedahan Konspirasi & Penipuan Dunia

Tuesday, 8 November 2011

Fening - fening



semua orang da relax2 pasal OS, aku ni x setel2 lg..
sijil lg, buletin lagi.. bnyak tol bnda nak edit....
naseb baiklah semua urusan mlam tu bjalan ngan lancar..

makin nak final exam ni...\
makin bnyak plak test, quiz lec nak bagi..
aiyoooo...
chapter pon ade yg x abis lg...
exam tnggal bape ari jer lagi..
da la bnyak bnda yg x paham lagi..
yg x hafal lagi..
sempat ke nk stdy ni ???

exam sem ni da la bnyak yg just selang sehari jer..
arni paper maut..
sok pon paper maut..
xdan nk stdy..
erkkkkkkkk
mintak2 la xde kene repeat...
koku pon isaw gak...
kene die x daftar jugak....
tpakse la praktikal kat IKIP
xmak aku la oiiii......

ak harap sem ni dapat laa dekan.. amin...
bia pembuka sem dekan,
penutup sem pon dekan..
baru la caya beb...
hahahahaha
amin amin...

semoga urusan dunia aku ni dapat dilaksanakan
dengan sempurna dan dipermudahkan olehnya
sehingga x melupakan urusan akhirat aku.. 
amin.

kepada semua kawan2 pon aku doakan 
korang dapt buat yg terbaik untuk diri
korang.. baik dunia baik akhirat..
AMIN YA RAB BAL ALAMIN.

Wednesday, 2 November 2011

Komputer ku rosak




Mood bengang

Bile komputer ku rosak... OMG
bye bye my asgment
bye bye Facebook (rugi tol baya streamyx tp xdpat gune)
bye bye Dota
Bye bye YM, Skype with Alisahhh
Bye bye Photoshop
Bye bye movie maker
Bye bye Movie
Bye bye One peace

Come-come my Book
Come-come my note
Come-come my study
Come-come my Tilam,bantal, selimut

puihhh puihhhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...