Powered By Blogger

Monday 30 April 2012

Lukas Podolski



Sudah terang lagi bersuluh..
Sah Podolski ke Arsenal
weeeeeeeeeeeee
I like him
of coz becoz im Germany supporters hehehe
harap2 next season die dpat bantu Arsenal win something
sebab da lame sngat ni kemarau piala
RVP +Podolski
mesti mantap
come on you gunners (coyg)

WELCOME TO THE EMIRATES STADIUM
LUKAS PODOLSKI
THE NEW GUNNERS

Friday 27 April 2012

Tayar baru



Da dekat 3 minggu motor aku terbengkalai kat umah
gara2 taya moto ni lah ngade2 ...  Da 3x aku tukar tiub, 2 , 3 ari 
pastuh boco balik. haa last2 kaw dok umah tu diam2.. aku g keje
bwak JDA jerk.. erkkk  N then hari ni adalah hari pembalasan
revenge (ade kene mngene ngan avengers x ?? )  
nak tengok avengersss laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

pergi kedai moto usha harga
taya yg guna tiub total depan belakang RM117
taya yg xgune tiub (taya mati) taya yg mcam kete tuh
kalaw boco juz tampal jer baru RM135. juz tamba RM20 jer
so aku pon amek jelaa taya tuh....

Fez time gune taya tuh..
aku xtaw laa nape tibe2 jer aku trase mcam
naik moto MASKED RIDER  lakkkk


Hahaha tinggi bebenau tayanyer sampai bawak
rase cmru skali... hahahahaahahahahahahaha
n then taya ni yg bagusnyer die membantu kite bile nak amek
corner lap.. tolak sikit jer, tp die punye lap da mcam 
VALENTINO ROSSI


Hahahahahahaa
yg paling penting pasni bole la jimat sikit sebab
klaw gune tiub 
bile bocor kene RM12 - RM15 untuk tuka tiub baru
tapi yg ni juz tampal cam taya kete jerk beru
RM3-RM5
boleh a berjimattt weeeeeee

*weekend yg boring ..
Nak tengok Avengersssss
ermmm : (

Yaasin



A : Hai bang..  g mane tu ??
B : G Masjid......
A : Oooo ade ape arni kat masjid ??
B : Eh arni kan ari khamis.. ade bace Yasin la.
A : Ooooo


ermmmmmmmmm
Nek aku ari2 bising kat aku suh pergi bace Yaasin at Masjid
ermm  ce tengok pade dialog atas tuh...
Tuhan menilai kita melalui hati kita..
setiap perbuatan dinilai mengikut hati..
Aku xnak bace Yaasin semata2 kerana hari ni hari KHAMIS
mule dari sekarang aku nak pasang niat
ape yg aku buat Lillahitaala
Perlahan-lahan
InsyaAllah
Die nak bising, bising laaa
InsyaAllah tuhan tahu hatiku. huhuhu

Thursday 26 April 2012

Kehidupan



Pesan Nabi

Hidup bagaikan garis lurus
tak pernah kembali
ke masa yang lalu

Hidup bukan bulatan bola
yang tiada ujung
dan tiada pangkal

Pesan Nabi tentang mati
Jangan takut mati karna pasti terjadi
Setiap insan pasti mati
Hanya soal waktu

Pesan Nabi tentang mati
Janganlah minta mati datang kepadamu
Dan jangalah kau berbuat
menyebebabkan mati

Tiga rahsia Illahi

yang berkaitan dengan hidup manusia
Kesatu tentang kelahiran
Kedua: pernikahan
Ketiga: kematian

Penuhi hidup dengan cinta
Ingatkan diri saat untuk berpisah
Tegakkan solat lima waktu
Dan ingatkan diri saat disolatkan

Pesan Nabi jangan takut mati
Meski kau sembunyi, dia menghampiri
Takutlah pada kehidupan sesudah kau mati
Renungkanlah itu

Ya Allah
Ampunknlah segala dosaku
Ambillah nyawaku bilakala aku sudah bersedia menemuimu 
Aku hanyalah hamba yg kerdil
luruskan jalankuh
tunjukkan arahmu
agar aku tahu
kaw menerima
taubatku
Amin

Thursday 19 April 2012

10 sen untuk FAM



Wakil KAFA dan Kelab Penyokong Bolasepak Kelantan hadir ke 
Wisma FAM hari ini untuk menyerahkan duit syiling 
10sen sebanyak RM2,170.

Perlu diingatkan, duit serahan ini adalah daripada tindakan susulan 
secara sukarela rakyat Kelantan dengan melancarkan kempen ' 5 sen 
untu Azuddin dan 5 sen untuk FAM ' beberapa minggu lepas. 
Kutipan derma tidak sampai 2jam pun telah mencukupi untuk 
membayar kos mesyuarat tersebut.

Kadang-kadang untuk mengajar 'orang cerdik' kita perlu gunakan 
cara yang paling halus dan paling hina untuk mengajarnya. Kalu guno
 caro lain, tok make saman. Yang pasti FAM lebih hina mengemis
 duit 10sen dari rakyat Kelantan, malah lebih hina dari peminta 
sedekah dikaki lima kerana mereka cukup sifat.

Apapun kami di I ♥ KELANTAN mengucapkan syabas dan 
tahniah untuk semua rakyat Kelantan yang menjayakan misi ini melalui 
bantuan wang ringgit, idea mahupun sokongan moral.

Yang penting, anda perlu ingat selagi Kelantan diganggu,dihina, 
didiskriminasi selagi itulah hidup anda tidak tenteram.

" Anda boleh bunuh 100 pemuda Kelantan, tetapi 
anda tidak boleh membunuh walau 1 pun jiwa anak Kelantan."
- Pok Dogo


* Kaw kira la smpai lebam FAM oii

Wednesday 18 April 2012

RTM amek EPL ???




Kalaulah betol bagai ape yg dikata
Oh indahnyer dunia
tapi jngan kate saje
mentang2 le nk pilihanraya
sana sini propaganda
Rakyat percaya buta2
pangkah biru guna pena
sebab terpengaruh kata dusta
tapi xpa kita cuba
depa tipu depa kena
Welcome EPL tu Malaysia


Ni akan mnjadi kate2 semangat aku untuk terus berjaya
even hanya sekadar Diploma yg dikutuk ketuk
aku akan bktikan ak boleh berjaya dengan cara aku sendri..
I'll stand on my own feet !!!

Apakah RVP ???



Gary Caldwell, pemain Wigan : Robin Van Persie ialah seorang 
pemain yang amat hebat kerana dia mempunyai kemampuan untuk 
memberikan kemenangan kepada pasukannya jika dia mahu,
 tetapi ia amat mengecewakan untuk melihat dia berkelakuan seperti 
seorang 'pengalah' dengan kualiti kepimpinannya. Ia sememangnya
 amat mengecewakan saya ketika dia menepis tangan saya
 semasa saya mahu berjabat dengan tangannya.

Apakah yg berlaku ni wahai RVP

Tuesday 17 April 2012

Jangan cabut uban


aku bar umur 20 kot da beruban
n pade mase tu aku mmg xtaw so
aku pon men cabut jew laa.. Dulu gok slalu dok
cabut uban ayah mntak upah. 1 uban 1 sen..
org le ni 1 uban 10 sen.. erkk
Skrg InsyaAllah akan kujage rambut ini biarpun
putih berseri pale aku t.. keh keh keh
AllahuRabbi !!

Gunners x mengguners


Auhhh
Aku set kan jam handset aku pukul 3.00 pg
untuk aku bangkit melihat pasukan kesayangan aku
bermain menentang wigan di halaman sendri.
Tepat jam 3.30 aku terjaga dan terus ku buka lappy untuk melihat
baki persembahan permainan. Namun hati kecilku tersentak apabila 
melihat Arsenal ketinggalan 2-1. Tambah memeritkan apabila aku melihat
beliau yg memakai jersi no 16 sedang berlari2 anak mengejar bola..
Ohh wenger.. Knape Ramsey.. mesti suey. Dan ternyata tepat jangkaan aku.
Arsenal dikejutkan wigan 2-1. yg xleh blah wigan gol pade minit ke 7 dan 8.
Hanya selang seminit.. Apakah ?????
Minggu depan bertemu Chelsea yg membenam Spurs 5-1
Harap Arsenal bangkit kembali
Coyg

Monday 16 April 2012

Doraemon ditemui di Malaysia



Hahaha
Aiyo taw la kome ni pandai ngedit
sian kucing ni abih di editnyer jd doremon
tp comei la.. nk blaja edit cmnih.. haha

Sunday 15 April 2012

Malek Nor



Alhamdulillah...tahniah kepada mereka yang dah bertaubat...
Salah satu contohnya hamba ALLAH yang bernama Malek Nor
 yang merupakan bekas ahli bina badan...:-)
 
* Dengar kate die da bakar sume piala n gambar2 die
time die bina badan dulu..

100 Tahun tragedi Titanic



HALIFAX: Orang ramai bertafakur seketika bagi mengingati 1,500 orang yang mati
 dalam nahas kapal persiaran mewah, Titanic yang karam seabad lalu.

Di Belfast, bandar yang menyaksikan pembinaan kapal Titanic, satu taman 
peringatan mengandungi tugu pertama kali menyenaraikan nama semua
 mangsa dilancarkan ketika majlis dihadiri kira-kira 300 orang.
Terdahulu, lingkaran bunga dibaling ke Lautan Atlantik di tempat kejadian dari atas
 kapal MS Balmoral yang mengesan kapal malang berkenaan sambil orang ramai
 bertafakur seketika. - AFP

Johor Fc Singkir K Devan


Devan disingkir -

Belum pun
sampai semusim menjadi
jurulatih skuad Lebah, Devan
disingkir apabila Johor FC
sekadar menghuni tangga
kedua tercorot selepas
berakhirnya pusingan pertama
saingan Liga Super kelmarin.

Keputusan itu disahkan oleh
Setiausaha Kehormat Johor
FC, Mohd. Tahir Hamdan semalam.

Menurut Mohd. Tahir, kontrak
Devan akan ditamatkan serta-
merta dan tempat beliau akan
diganti oleh Sazali Saidon.
Sazali sebelum ini pernah
memangku jawatan ketua
jurulatih Johor FC selepas
Azuan Zain ‘direhatkan’ pada
September tahun lepas atas
alasan kesihatan.

“Pihak pengurusan telah
bersetuju untuk melantik
Sazali Saidon bagi
menggantikan Devan untuk
baki saingan Liga Malaysia
(Liga M) musim ini.

“Bagaimanapun, untuk
perlawanan pertama pusingan
kedua Liga Super menentang
Selangor Selasa ini, penolong
jurulatih, Azmi Mohamad akan
membawa pemain ke Shah
Alam memandangkan proses
pertukaran akan mengambil
masa beberapa hari,” katanya
ketika dihubungi
semalam.

Bulan lepas, pihak pengurusan
Johor FC telah menyerahkan
surat amaran kepada Devan
serta enam pemainnya dan
menetapkan tiga perlawanan
terakhir pusingan pertama
Liga Super sebagai penanda
aras masa depan Devan
bersama pasukan berstatus
kelab itu.
Bagaimanapun, Johor FC
sekadar seri tanpa jaringan
menentang Terengganu pada
31 Mac dan tewas 0-1 kepada
Lions XII di tempat sendiri
sebelum seri 1-1 menentang
Selangor kelmarin.

“Pada awalnya kami
bercadang untuk merehatkan
Devan tetapi selepas
berbincang, adalah lebih baik
jika kita tamatkan terus
kontrak beliau.

Saya harap,
dengan jurulatih baharu ini,
nasib Johor FC akan berubah,”
kata Mohd. Tahir.
Sementara itu, Devan ketika
dihubungi berkata, pihak
pengurusan tidak sepatutnya
mengambil keputusan
terburu-buru.

Katanya, kedudukan Johor FC
dalam liga setakat ini tidak
menggambarkan prestasi
sebenar skuad Lebah.

“Pihak pengurusan harus kaji
punca dan kelemahan sebenar
pasukan ini. Banyak faktor
yang meletakkan Johor FC
pada kedudukan sekarang.

“Jika dibuat analisis, prestasi
Johor FC di tempat lawan agak
baik tetapi kita sering tidak
bernasib baik apabila beraksi
di tempat sendiri.

“Sepatutnya pihak pengurusan
tidak cepat panik dan ambil
keputusan terburu-buru,”
katanya ..

Skuad pembaharuan Melaka menunjukkan hasil



MELAKA 4 - 0 SDM Penang
MELAKA 2 - 0 Melodi Jaya

Perubahan membuahkan 2 kemenangan.
Setelah pasukan Melaka melakukan perubahan besar-besaran terhadap
 pasukan Liga FAM dengan mengugurkan 15 pemain yang prestasi mereka
 kurang memuaskan serta pengurus pasukan yang baru, En.Azman mengantikan
 Datuk Md Yunos, kini Melaka mula memanjat sikit demi sikit 
kedudukan carta liga.

Friday 13 April 2012

Fed-up nyer la dok sini



Hidup terpakse menahan batuk
Siksanyer.. da lah sakit tekak asyik nak batuk jerk
tp xleh nak batuk.. Dia kate aku batuk
sebab kena BOMOH...


Handphone xdibenarkan di dalam rumah
nanti die kate kaw ni da kene BOMOH asyik main tekan2 jer
die pnggil handphone ( tekan2 )
setiap kali balik umah kene silent
smpai abrar call pon aku terpakse ignore
teruknyerrrrrrrrrr
budak kecik skang pon da pkai i-phone lerrr


Makanan luar xleh dibawak masuk
nanti die kate dlam mknan tu da kene BOMOH
baik mknan yg aku beli, org bagi or ape jerk
Pak ya bg dodol pn, aku bg die.. die kate dibomohkannyer nanti
erkkkkkkkkk
 
 

Tengok movie ( kat pc jerk )
kene gune volume 0%
pkai ear phone pon xbole
nanti die kate aku dok ckap sorang2 n tu tandenyer
aku da kene BOMOH !!!


Makan adalah wajib
X makan nanti die kate 
kaw ni da kene BOMOH smpai makan pon da xnak
orang lain makan bile nak
tp aku makan bila disuruh
erkkkk


Tidur atas lantai xleh
( aku xsuke tdur atas kati, xslese )
nanti die kate kaw ni da kene BOMOH ni
sebab katil ade tp nak tido atas lantai.
dosa ke tidur atas lantai ?? hina ke ??
kat lantai tu la aku dok sujud hari2 mengadap tuhan.
tapi BOMOH lagi power dr tuhan agaknyer.


Tido lambat pon xboleh
nanti die kate kaw ni da kene BOMOH smpai
xleh nak tido asyik ingat kan pempuan jerk.
Erkkkkkkkkkk
Biase le org mude mane ade tido kol 9..


Main komputer pon xboleh
nanti die kae kaw ni da kene BOMOH asyik 
nk tengok pmpuan jerk padehal aku dok main fb,
main game, edit gamba, edit video, tengok movie


Haish banyak lagi la klaw nak tulis kat cni
tp ni antara yg popular lah.. hahaha
so xabis2 ngan bomoh naik jemu aku 
bile la aku boleh akhirkan kehidupan at dlam umah ni
i want a new life
argghhhh

Perebutan Slot 3 Automatik



Saingan penghujung musim bermula
7 game berbaki
siapa yg layak ke UCL secara automatik ??
Penghuni no3 liga bakal mendapat slot automatik
penghuni ke4 pula akan akan play-off
5-7 pula akan bermain ni UEFA CUP

2 game dari 7 game dah berakhir

Arsenal win MC 1-0
Arsenal win Wolves 3-0
penjadi pendahulu dengan beza 5 mata

Spurs win sunderland 1-0
Spurs lost Norwich 2-1
Kedudukan ke2 dibawah arsenal beza 5 mata

Newcastle win Swansea 2-0
Newcastle win Bolton 2-0
Kedudukan ke3 sama mata ngan spurs cuma beza jaringan

Chelsea win Wigan 2-1
Chelsea draw Fulham 1-1
Kedudukan ke4 beza 2 mata dengan Newcastle  n Spurs


Perlawanan yg tight untuk Arsenal
Arsenal vs Chelsea

Perlawanan yg tight untuk Spurs
Spurs vs Fulham

Perlawanan yg tight untuk Chelsea
Chelsea vs Newcastle
Chelsea vs Arsenal
Chelsea vs Liverpool

Perlawanan yg tight untuk Newcastle
Newcastle vs Chelsea
Newcastle vs Man City

Ringkasan & Predict
Arsenal bakal menduduki tangga ke3 
walaupun kehilangan mata sewaktu bertemu City nanti ( Andai kata )
beza arsenal dan pencabar terdekat masih lagi menjadi 2 mata dan Spurs 
dan Newcastle juga masing2 berpeluang kehilangan mata selepas
Spurs bakal bertemu Fulham yg sedang mencanak naik prestasinya
pada perlawanan terakhir liga dan newcastle pula bakal bertemu 
pesaing yg nerebut slot automatik dan slot juara iaitu Chelsea dan Man City
Manakala Chelsea pula rintangan yg paling mencabar kerana selepas ini 
3 perlawanan penting menunggu Newcastle Arsenal dan Liverpool
yg masing2 sedang meningkat naik.
Namun kelab2 bawah dan pertengahan juga seharusnya tidak
boleh dipandang mudah terutama kelab yg dilabel sebagai kelab pengacau
seperti Wigan yg menewaskan MU, QPR yg menewaskan Arsenal
Norwich yg mengalahkan Spurs dan Swansea yg mnewaskan
City. Jadi predict aku
1 - Man u
2 - Man City
3 - Arsenal
4 - Spurs
5 - Newcastle
6 - Chelsea

* Hanya sekadar prediction

Hasil 4 bulan di TM



Tengahari tu cerita ngan Kak Tib n Kak Fuzi pasal berat badan
die kate bdan aku da tembam sikit. Aku kate biase jerk..
Ptg tu g tolg Pn Xana kemas office die n tibe2 jer
mngkin tuhan nk tunjuk Pn Xana ade penimbang berat.
So 

Bila da seting baik ( alt pnimbang elektronik kene setting dulu )
perhhhhh

Berat sebelum = 60kg
Berat selepas = 68kg

Ya Allah
naik 8kg ??
Erkk

Thursday 12 April 2012

Robin Van Persie Pecah Rekod lagi



Penyerang prolifik Arsenal, Robin van Persie berjaya menjaringkan 
gol ke-27 dalam Liga Perdana Inggeris musim ini setelah menyempurnakan
  sepakan penalti pada minit ke-9 menyaksikan Arsenal menewaskan 
Wolverhampton Wanderers 3-0 semalam. Jaringan ke atas Wolves 
tersebut merupakan pasukan ke-17 yang berbeza sepanjang musim ini 
sekaligus menyamai rekod yang dilakukan oleh Andy Cole (1993/94),
 Alan Shearer (1995/96) dan Ian Wright (1996/97).

Musim ini hanya dua pasukan sahaja yang gagal dibolosi oleh 
Robin van Persie iaitu Manchester City dan Fulham. Kali terakhir kapten 
Arsenal ini menjaringkan gol menentang Fulham ialah pada perlawanan 
terakhir musim lalu. Musim ini juga menyaksikan hanya Robin van 
Persie seorang sahaja yang berjaya menjaringkan gol di laman sendiri
 dan di tempat lawan ketika menentang Manchester United.

Penyerang kelahiran Belanda ini turut mendahului senarai penjaring 
terbanyak Liga Perdana Inggeris diikuti penyerang Man United,
 Wayne Rooney yang mencatatkan 22 manakala penyerang Man City, 
Sergio Aguero menjaringkan 19 gol setakat ini dengan saingan berbaki
 5 perlawanan. Robin van Persie turut menjaringkan 34 gol dalam 
semua kejohanan musim ini.


Sumber : www.arsenal.com

Tuntunku tuk tiba di Jannah-mu



Allah, Ya Allah
Tuntunku ’tuk tiba di Jannah-Mu
Ya Allah, Ya Allah
Jangan jauh dariku kudamba cahaya-Mu
Bersamamu kuingin dekat
Dekat dengan-Mu sepanjang usia
Ya Allah, Oh Allah!
Dampingi langkahku

Ya Allah syahdunya lagu ni
kaw bimbinglah kami Ya Allah
Tunjukkan kami ke jalan yg lurus
bila kuhayati lirik ni Ya Allah betapa insafnya hati ini
 AllahuRabbi


Tuntunku - Bimbingku
Jannah-mu - Syurgamu 

Rexy Manaiki The Gunners



Haha baru taw die ni peminat Gunners gak
Die ni bekas jurulatih bergu Badminton negara yang
menaikkan nama Koo Kien Kiat & Tan Bong  Hiong
coyg

Wednesday 11 April 2012

Another Victory for Arsenal



Lagi kemenangan diraih Arsenal
Dengan streaming yg sangkut2 membuatkan aku tengok2 ayam
( smbil tengok smbil tido ) guane tuh


Stadium Moulinex menjadi persinggahan
Last game wolves mng ngan kite 1974 ( lame sngat dah tu )
So jngan kasi pecah itu rekod


Predict sebelom game menunjukkan rata2 memilih Arsenal bakal mng
yg plih wolves tu da semestinya peminat wolves dan spurs yg mngharapkan
agar Arsenal keciciran mata lagi


Starting-up yg diturunkan agak merisawkan
Djourou bergandingan Ramsey ouhh tidak tuhan tlglah kami..
Dengan name reff yg tidak pernah kukenali
kehadiran penonton menunjukkan Stadium bukit jalil
selangor vs kelantan lg rmai yg dtg..


Djourou semakin menunjukkan peningkatan
apabila tidak lagi dikritik oleh mane2 page dan group
sejak penampilan hebat di emirates stadium membenam Aston Villa


Manakala Ramsey masih menunjukkan aksi hambar walaupun 
mendapat sejuta peluang dr ayahnya wenger. Kesilapan semasa 
bertemu City nampaknya masih belom dipelajari dan masih lg belum
membuat training shot on goal apabila mempersia2kan peluang yg terhidang.
Harap kaw kembali semula ke pangkal jlan Ramsey aka Rambo


Seawal mnit ke 9 sepakan penalti yg hanya sekadar simple Chip
memperdayakan kepeer wolves selepas Walcott dijatuhkan Bassong


Robin Van Persie melebarkan rekod jaringan dengan 27 gol
dan memecah kebuntuan 4 game without gol


Lantas pengadil memberikan Red card 
11 vs 10 sepatutnya lebih dari 3 tapi syukurlah jnji mng


3 minit berselang gerakan canti 1-2 antara Walcott dan RVP
berjaya membuahkan hasil. dan ade yg dah kate boleh mng 7-0 nih.
Tp ape kan daye, rezeki tiada


Minit 69 giliran Benayoun plak menjaringkan gol
aksi yg baik bg benayoun rajin tangkas dan laju
xrugi loan mamat nih


Maka terukirlah kemenangan bergaya 3-0 
arsenal berjaya menmbak tepat sang serigala oren
yang xberupaya untuk mengganas


melihatkan perbezaan antara Arsenal dan Wolves



9 kemenangan dlam 10 perlwanan
membawa kita hampir ke Champion League


Dan makin melebarlah jurang antara Arsenal dan spurs kepada 
5 mata berbaki 5 perlawanan lagi
meh la kejar klaw dapat


Perlawanan minggu depan boleh dikata mencabar
apabila tadi wigan berjaya menewaskan bakal juara
MU 1-0 hasil jaringan pemain kelahiran Sarawak Shoun Maloney
Game yg xleh dipandang ringan law x jadi lah kes cam QPR artuh



Man of the match akan diupdate nanti
haha
coyg

meh layan highlight

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...